Header Ad Banner

Friday, March 24, 2017

BerUBAH Demi Menolak Pemerintahan POLITIK WANG.


    Bahang PRU14 kian terasa di seluruh negara. Kejayaan Pakatan Harapan mencapai kesepakatan gabungan politik di peringkat pusat, dan disusuli oleh keharmonian gabungan Pakatan Harapan Sarawak(PHS) yang telah mengumumkan agihan Kerusi Parlimen menjelang PRU14 menandakan Kerajaan Barisan Nasional-UMNO amnya, dan BN-PBB di Sarawak khasnya akan berhadapan tentangan sengit dengan 1 LAWAN 1 di semua kerusi. Keadaan ini jelas memberi kelebihan kepada PH khasnya PHS walaupun PAS tidak menyertai PH pada PRU kali ini.
Meskipun di peringkat pusat BN-UMNO dilihat berjaya mendekati PAS, dan meneruskan agenda menakut-nakutkan rakyat dengan isu agama dan bangsa dengan menekankan PH adalah dipelopori oleh DAP sebuah parti yang anti Islam dan diterajui oleh kepimpinan kaum Cina. Itu tidak memadai untuk mereka melenyapkan skandal politik wang, rasuah, dasar pecah dan perintah berdasarkan agama dan bangsa serta kegagalan pemerintahan berikutan pemilihan pucuk kepimpinan yang menggunakan kaedah “suka dan pilih” oleh pimpinan tertinggi BN-UMNO.
Propaganda ini jelas tidak tepat mengenai PH amnya dan DAP khasnya. DAP merupakan parti pembangkang terbesar dan tertua di Malaysia dengan jelas dari namanya iaitu PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK (DAP) selaras dengan dasar perjuangan MALAYSIAN MALAYSIA, bukannya satu parti berasaskan suatu agama atau bangsa sebagaimana BN-UMNO dan juga BN-PBB. DAP dengan jelas telah memperjuangkan Perlembagaan Malaysia sebagai prinsip parti, dan ini disokong dan diterima oleh semua parti PH apabila telah diketengahkan sebagai Manifesto PH sempena PRU14 yang akan datang. Justeru perjuangan yang tidak memilih agama dan bangsa inilah yang kian digeruni oleh BN-UMNO/PBB apabila ianya kian terbukti diterima oleh rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khasnya. Ini terbukti dengan saban hari kian banyak golongan muda dan profesional menyertai parti ini dari pelbagai agama, bangsa dan latar belakang di seluruh negara.
Pemerintahan BN-PBB Sarawak pula yang memenangi PRN11 lalu melalui Team Adenan pula kian jelas menggunakan dasar Pecah dan Perintah serta Politik Wang dalam usaha mereka untuk memastikan penguasaan parti tersebut di peringkat negeri. Bagaikan membuka pekung didada, BN-PBB mendedahkan sendiri dasar pemerintahan pilih kasih mereka di dalam menjalankan pentadbiran negeri Sarawak. Kepimpinan BN-PBB jelas menyatakan agihan PMR diantara RM5-RM7 juta hanya diperuntukkan kepada Ahli Parlimen BN-PBB seperti juga RTP berjumlah RM5 juta yang disalurkan melalui ADUN dan juga KM hanya diagihkan kepada DUN diwakili BN-PBB dan parti komponen BN.
Ini jelas menunjukkan satu pentadbiran yang melakukan pencabulan hak kepada seluruh rakyat Sarawak, khasnya rakyat dari kawasan yang diwakili parti pembangkang dan juga pro pembangkang, yang sepatutnya layak mendapat kemajuan di dalam sosio ekonomi mereka. Ini kerana mereka juga adalah mangsa kepada sistem cukai GST yang dibawa oleh BN-UMNO melalui sokongan BN-PBB yang menjadi sumber pendapatan kerajaan negeri dan juga pusat. Dana RTP dan juga PMR ini bukannya keluar dari poket BN-UMNO/PBB semata – mata. Lebih buruk lagi, kaedah pentadbiran ini diturunkan ke akar umbi, yakni ketua – ketua masyarakat yang dipilih oleh BN-PBB agar mesra BN-PBB sehingga berlakunya perbalahan di peringkat masyarakat sehingga ada rumah panjang yang berpecah belah kerana ketua mereka dipilih secara langsung oleh pemimpin BN-PBB dan bukannya oleh masyarakat setempat yang akhirnya menyaksikan pentadbiran kurang cekap dan juga tidak adil.
Kemegahan projek mega Pan Borneo yang dicanangkan sebagai buah tangan terbesar kerajaan BN-UMNO/PBB kepada rakyat Sarawak juga kian tercemar apabila pembayaran pampasan oleh Jabatan Tanah dan Survei di bawah penguasaan kerajaan negeri BN-PBB tidak belaku seperti yang dijanjikan sebelum ini sehingga membangkitkan ketidakpuasan masyarakat setempat. Justeru, inikah acuan pentadbiran yang ingin diteruskan oleh BN-PBB di dalam mentadbir negeri Sarawak yang terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai latar belakang sekiranya mereka mendapat mandat melalui PRU14 nanti?
Paren Nyawi
Pembantu Khas Ahli Parlimen Sibu

https://www.facebook.com/parennyawi/posts/1486346494717721:0

Follow by Email

Search This Blog