Header Ad Banner

Thursday, July 31, 2014

Borneo Ethnic Personality:Vincent Alfred.

Up Close and Personal :Vincent Alfred.
Lahir sebagai anak jati Sarawak Vincent Alfred
merupakan Alumni BHF(Borneo Hornbill Festival) 
yang pertama saya temubual di ruangan BORNEO ETHNIC PERSONALITY ini.
Beliau merupakan antara peserta yang mesra dan peramah.Memiliki sikap yang positif dan antara alumni yang menyerlah selepas menyertai BHF 2013.
Up Close and Personal with Vincent Alfred.
Biodata:
Nama: Vincent Alfred 
Tarikh Lahir:2 December 1993
Suku Dayak:Kayan+Bidayuh
Masih menuntut di dalam kursus Dip. Electronic Engineering (Computer)
Passionate in healthy lifestyle and fitness.
Official Instagram Account:
 http://instagram.com/vinz_alfred
Official Facebook Page: 
Vincent Alfred
Awards
Year 2014:
Metro's Icon.
Top 5 Malaysia Borneo Tourism (Malaysia Borneo Cultural Festival)
~Mr. Physique MBCF
~Mr. Best Attire.
1st runner-up Borneo Model Search
~Most Photographerable award BMS
Mr. Maskulin Politeknik Kota Kinabalu
Year 2013:
2nd runner-up :Mr Sarawak Ethnic 2013
~Mr. Natural Look BHF 2013
~Mr. Great Body BHF 2013

    10 SOALAN UNTUK VINCENT ALFRED.
    1) Binatang di Borneo yang mewakili anda ,nyatakan sebab nya?? 
    Saya sukakan burung Enggang (Hornbill)sebab ianya sangat unik dan mempunyai ciri-ciri seperti harmoni dan gagah. Burung ini juga merupakan lambang Negeri Sarawak dan menjadi kebanggaan orang-orang Sarawak. Apa yang dapat saya kaitkan burung ini kepada diri saya adalah kerana dia mempunyai pelbagai warna pada badan, ini melambangkan kesatuan dalam pelbagai ciri. Ianya juga dilambangkan sebagai dewa perang oleh sesetengah penduduk Dayak sewaktu dengan saya kerana saya seorang yang selalu berjuang untuk mengecapi kejayaan saya di masa hadapan.


      2) Perhiasan Borneo Native yang anda selalu pakai,kenapa?
    Perhiasan native yang saya selalu gunakan ialah, Teba'eng (rantai leher) kerana ia melambangkan saya datang dari suku kaum Orang Ulu. Jika anda ingin tahu saya berbangsa Bidayuh kacukan Kayan. Terjadilah Bidayan. hehe.. just kidding.
Vincent Alfred memakai Teba'eng (rantai leher)
      3) Pandangan anda tentang fenomena media social dewasa ini? 
     Media Social adalah baik untuk kita berkongsi maklumat-maklumat penting dan terus berhubung dengan dunia luar, namun ianya juga akan mengundang keburukan jika disalahgunakan, bayangkan maklumat semuanya di hujung jari anda. Jadi gunakan untuk kesejahteraan sejagat dan jangan mudah leka sampai kita menghadkan komunikasi kita dalam dunia sebenar, ok? 

      4) Apa yang membuat anda bangga lahir sebagai anak jati Sarawak? 
     Soalan yang sangat menarik..! hehe.. Well, saya sangat berbangga menjadi anak jati Sarawak kerana penuh dengan kepelbagaian budaya, tradisi, etnik, alam flora dan fauna. Penduduk hidup dalam suasana saling menghormati, tolong-menolong, aman dan damai, pembangunan juga semakin membangun dengan pesat, cara hidup yang tidak sibuk dan masih mempunyai nilai moral yang tinggi. Memang semuanya tak seindah seperti yang dikatakan, namun lebih baik dari mana-mana tempat yang saya pernah pergi. Kepada yang tak pernah datang ke Sarawak, jum datang Sarawak, anda pasti akan menyukai kelasakan alam flora dan fauna yang tersedia dan juga hidup harmoni dalam pelbagai komuniti.
      5) Adakah anda setuju penyertaan di dalam “Pageant” boleh mematangkan dan membina keyakinan diri seseorang ?
     Ya, saya sangat-sangat bersetuju kerana melalui penyertaan saya dalam Pageant, saya mampu meningkatkan keyakinan diri, menimba pengalaman yang baru dan mematangkan diri melalui pergaulan bersama rakan-rakan baru. Yang paling menarik, saya mampu membina perhubungan yang besar dengan ramai kenalan.
Vincent Alfred@Kayan/Kenyah Costume
Photo Credit:https://www.facebook.com/themagicshutter
      6) Kenangan yang anda tidak dapat lupakan selepas menyertai Borneo Hornbill Festival 2013? 
    hahaha.. sungguh banyak yang ingin dikongsikan, namun yang paling menarik dan yang tidak dapat saya lupakan adalah mengajat dihadapan orang ramai seperti pahlawan. It was my first time okay. hahaha.. Selain itu, krew-krew yang sangat supporting dan banyak membantu saya dalam melalui semua cabaran ketika pertandingan tersebut.

    Vincent memperagakan busana tradisi  Kayan (Org Ulu Sarawak)
    Mr Sarawak Ethnic 2013 @ Borneo Hornbill Festival 2013
    ~Mr. Natural Look ~Mr. Great Body BHF 2013
    Photo Credit:https://www.facebook.com/themagicshutter 

      7) Definisi : Sihat & Menawan bagi anda? 
    Bagi saya Sihat & Menawan adalah sihat melalui tahap kecerdasan, kesihatan dan kekuatan dari segi dalaman seseorang manakala menawan itu datang dari segi personaliti yang positif yang mampu memberi kesan kepada orang lain. Sihat & Menawan adalah MILIK SETIAP ORANG.!

    Sihat & Menawan adalah MILIK SETIAP ORANG.!
      8) Pandangan anda tentang kebudayaan BORNEO ?? 
     Penuh warna-warni dan sangat unik dari caranya tersendiri, It's bold, wonderful & adventurous.!
Kayan Borneo Traditional Costume by Vincent Alfred
Photo Credit:Nuno.Photography
      9)Andakah anda memiliki tattoo? Pandangan anda tentang budaya bertattoo pada zaman sekarang & dahulu kala?? 
    Pada pandangan saya, bertattoo pada zaman sekarang adalah satu fashion dan juga seni yang ingin disampaikan oleh seseorang melalui personalitinya tersendiri. setakat ini saya belum mempunyai itattoo, namun suatu hari nanti saya ingin mempunyai tattoo yang memberi satu makna yang terbaik dalam hidup saya.
Orang Ulu (Kayan/Kenyah Costume )
      10)Pada pandangan anda? Adakah "Anugerah/Award" yang di menangi di mana-mana pageant" dapat membantu seseorang peserta lebih dikenali selepas pertandingan?
    Pada pandangan saya, award-award yang dimenangi oleh seorang peserta tersebut memang membantu untuk lebih dikenali ramai, namun dari segi kerjaya, ianya kurang sambutan, diharap kepada pihak penganjur akan memberi kerjaya kepada peserta-peserta yang telah memenangi anugerah yang telah diberikan pada masa hadapan. peace :)

Vincent Alfred semasa BORNEO HORNBILL FESTIVAL 2013
Official Facebook Page:
Vincent Alfred(click here...........)

No comments:

Follow by Email

Search This Blog