Header Ad Banner

Wednesday, February 4, 2015

Memahami Tanah Hak Adat Peribumi(Dayak)Sarawak @ Native Customary Rights (NCR) Land

Dayak Children of Borneo 
Masyarakat pribumi dan bumiputera Sarawak yang telah berkurun mendiami sebahagian timur laut bumi kepulauan Borneo .Bagi masyarakat Dayak yang diketahui umum merupakan penduduk terbesar di Sarawak yang terdiri daipada kaum Iban, Kayan, Kenyah, Bidayuh, Penan, Beketan dan kaum-kaum kecil yang lain telah secara tradisi mempunyai hak untuk menggunakan tanah dengan mengamalkan adat-resam mereka sejak dari turun-temurun lagi. Mengikut undang-undang tanah adat Bumiputra [‘native customary land’ (NCL)] memang diakui sah kewujudannya.

Apakah yang dimaksud dengan TANAH HAK ADAT BUMIPUTRA?

Mengikut adat-resam masyarakat Dayak, setiap ahli di dalam sesebuah komuniti mempunyai hak untuk menggunakan semua tanah ‘temuda’, hutan sekeliling dan saliran air di kawasan mereka. Adat mengenai tanah ini telah menjamin hak seseorang individu atau ahli keluarga sesebuah komuniti untuk menggunakan tanah dan hasil-hasil yang diperolehi dari hutan. Pada masa yang sama membuka kawasan tanah yang baru di dalam sempadan atau ‘pemakai menoa’ mereka.

Di bawah Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak, tanah adat Bumiputra (NCL) didefinisikan sebagai “tanah di mana hakadat Bumiputra (NCR) telah didapati secara komunal ataupun selainnya mengikut undang-undang sebelum 1hb Januari 1958 dan masih lagi sah diperlakukan”. Oleh kerana masyarakat Dayak telah menetap di tanah mereka sejak beberapa generasi maka hak mereka telah diakui oleh undang-undang.
Tanah hak adat masyarakat Dayak merangkumi: tanah ‘temuda’ terdiri daripada tanah yang telah ditanam dengan tanaman dan juga tanah yang dahulunya ditanam tetapi telah ditinggalkan mengikut kitaran penanaman berpindah untuk tujuan penyuburan tanah dan pemuliharaan hutan; dan tanah ‘pemakai menoa’ di sekeliling ‘temuda’ iaitu kawasan hutan dara di mana hasil-hasil hutan dikumpul oleh komuniti secara keseluruhan, dan di mana komuniti berkenaan bergantung kepadanya untuk kehidupan harian mereka seperti memburu, memperolehi bahan-bahan binaan, ubat-ubatan dan sebagainya.

Makna ‘pemakai menoa’ dalam Bahasa Iban adalah mana-mana kawasan tanah komunal yang meliputi hutan dara, hasil hutan, sumberdaya, kawasan memburu dan tadahan air serta sungai-sungai yang mengalir di kawasan itu dan kesemuanya adalah milik bersama ahli-ahli di dalam sesebuah rumah panjang.
Kedua-dua klasifikasi tanah adat ini membentuk ‘Menoa’ yang mempunyai tanda-tanda sempadan dengan komuniti-komuniti lain.

Sesebuah komuniti bergantung kepada kawasan ‘Menoa’ mereka untuk kehidupan mereka seharian. Maka tanah, hutan dan sumberdaya yang terdapat dalam kawasan Menoa adalah milik komuniti tersebut.
Selepas 1hb Januari 1958, di bawah Seksyen 5 (2) Kanun Tanah Sarawak, hak adat kepada tanah boleh dibuat dan diperolehi dengan menggunakan cara-cara berikut:

a) penebangan hutan dara dan menduduki tanah yang telah dibuka;

b) menanam pokok-pokok buah di tanah tersebut;

c) menduduki atau bercucuk tanam di tanah tersebut;

d) penggunaan tanah untuk perkuburan atau tempat pemujaan;

e) menggunakan apa-apa jenis tanah untuk mendapatkan hak; atau

f) (sudah dimansuhkan pada tahun 2000) Undang-undang tanah Sarawak memang mengakui hak tanah adat Bumiputra ke atas tanah dan wilayah yang diduduki oleh masyarakat Dayak.


Dari zaman pemerintahan koloni sehingga terbentuknya Persekutuan Malaysia, sistem pemegangan tanah di Sarawak telah banyak mengalami perubahan.

Mengikut sumber yang di diketahui masyarakat Dayak tidak mempunyai rekod bertulis tentang sempadan ‘menoa’ mereka. Mereka hanya tahu sempadan mereka melalui lisan dengan mengenali sesuatu tempat bertanda, contohnya, seperti rabung bukit atau gunung, sungai, lembah, banjaran gunung atau bukit, rumpun buluh, kayu tapang atau kayu belian, dan tanda-tanda yang lain.

Sempadan atau ‘antara menoa’ sesuatu komuniti dengan komuniti yang lain telah pun dipersetujui oleh komuniti-komuniti tersebut mengikut adat-resam mereka. Jika ada penduduk-penduduk yang memasuki ‘menoa’ komuniti yang lain tanpa izin maka mereka ini dituduh, dibicara dan didenda mengikut adat masyarakat berkenaan di Mahkamah Penghulu (‘Native Court’). Contohnya, ‘Tusun Tunggu’ digunakan bagi Masyarakat Iban.

Pada tahun 1939, kerajaan Brooke telah mengeluarkan Surat Pekeliling Sekretariat No. 12 (Secretariat Circular No. 12) untuk merekodkan sempadan tanah adat secara rasmi. Tujuan penandaan dan rekod sempadan ini ialah untuk sesebuah komuniti merintis dan menanda sempadan menoa mereka. Ia juga bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya pencerobohan dan persengketaan di antara komuniti-komuniti.

Bagi pihak kerajaan sempadan tanah adat adalah untuk mengelakkan masyarakat Dayak dari membuka kawasan tanah kerajaan tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu daripada Pegawai Daerah (DO). Walaupun masyarakat Dayak telah lama mengamalkan ‘antara menoa’, namun dengan adanya Surat Pekeliling tersebut, ia telah mengukuhkan dan membuktikan tanah hak adat (NCR) wujud.

Selepas penaklukan Jepun pada tahun 1946, Sarawak telah diserahkan oleh kerajaan Brooke kepada Pemerintahan British sebagai Negeri Jajahan. Pihak British telah merekodkan sempadan-sempadan tanah adat Bumiputra (NCL) masyarakat Dayak dengan membuat peta lakaran (sketch map) kawasan tanah tersebut.

Rekod-rekod ini masih disimpan di Pejabat Daerah, yang dikumpulkan di dalam satu buku yang dinamakan Buku Sempadan atau ‘Boundary Book’.

Secara kesimpulan bukti-bukti bahawa tanah NCR wujud adalah:

1. Tanda-tanda fisikal penandaan asal pembentukan sempadan menoa
2. Adat masyarakat
3. Surat Pekeliling Sekretariat No. 12 / 1939
4. Rekod-rekod rasmi (Buku Sempadan) ‘antara Menoa’ di dalam Bahasa Iban bermaksud sempadan di antara sesebuah komuniti dengan komuniti-komuniti yang lain. usun tunggu’ bermaksud susunan hukum adat asal Iban di seluruh Negeri Sarawak, Adat Iban 1993, Majlis Adat Istiadat Sarawak, 29hb Mei 1993.


Memahami Tanah Hak Adat Peribumi(Dayak)Sarawak
 @ Native Customary Rights (NCR) Land
Dapatkah TANAH HAK ADAT BUMIPUTRA dituntut selepas Tahun 1958??

Dapat, dengan kebenaran diberi oleh Kerajaan. Hanya selepas 1hb Januari 1958, masyarakat Dayak tidak dibenarkan menduduki atau membuka kawasan tanah yang baru selain daripada tanah yang terdapat dalam kawasan ‘menoa’ mereka. Kerajaan Negeri hanya membenarkan masyarakat Dayak membuka dan menduduki Tanah Kerajaan (State Land) jika kebenaran atau permit telah diberi.

Contohnya: Pada tahun 1960’an, komuniti Iban di Sungai Sebatu, dalam kawasan Suai-Niah telah dibenarkan oleh Kerajaan Negeri untuk menduduki tanah kerajaan dan mereka mempunyai bukti seperti dokumen-dokumen dan peta tanah mereka yang diberi oleh Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Miri. Dengan cara sebegini, hak tanah adat mereka adalah sah.

Undang-Undang yang melindungi Tanah Hak Adat Bumiputera di Sarawak Seperti yang diperuntukan di dalam Bab 81 Kanun Tanah Sarawak iaitu Seksyen 2 (a), 5 (2) dan 15 (1).

Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak adalah definisi hak tanah adat bumiputera manakala

Seksyen 5 (2) pula adalah undang-undang bagaimana cara NCR boleh diperolehi.

Seksyen 15 (1)1 adalah mengenai perlindungan hak tanah adat. Ianya menyatakan bahawa tanah kerajaan tidak akan diagih (diberi) milik sehingga semua hak-hak adat di tanah tersebut telah pun diserahkan atau dihapuskan atau peruntukan telah disediakan untuk pampasan orang-orang yang memegang hak-hak tersebut.


Selain daripada Kanun Tanah Sarawak, undang-undang lain yang melindungi tanah NCR ialah:

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

(1) Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(2) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi
Perkara 47 Perlembagaan Sarawak3 menyatakan:

(1) Tertakluk kepada peruntukkan di dalam Perkara ini, semua harta-benda dan aset di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini, adalah dibawah kuasa Baginda untuk tujuan Koloni Sarawak, akan beralih ke Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.

(2) Mana-mana tanah di dalam Negeri di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini, adalah dibawah kuasa Baginda akan beralih ke Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.

(3) Mana-mana harta-benda di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini telah pun diambil-milik oleh Baginda akan diambil milik oleh Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.



Sumber : Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

5 comments:

Guo Guo said...

guowenhao20150318
iphone 6 case
karen millen sale
coach outlet store
coach outlet
michael kors handbags
karen millen dresses
louboutin shoes
tod's shoes
coach factory outlet
louis vuitton outlet
tiffany and co jewelry
louis vuitton outlet
burberry outlet online
fitflop
hollister shirts
louis vuitton outlet online
prada handbags
kate spade outlet
louboutin shoes
beats by dre,dr dre,beats headphones
mac cosmetics
tods shoes
babyliss
new balance shoes
ray ban sunglasses
ray-ban sunglasses
louis vuitton outlet stores
tods outlet
abercrombie and fitch
louis vuitton outlet stores
cheap nhl jerseys
nba jerseys wholesale
ralph lauren outlet
michael kors outlet online
christian louboutin shoes
abercrombie and fitch
karen millen uk
kate spade handbags
giuseppe zanotti outlet
pandora jewelry

oakleyses said...

gucci handbags, ray ban sunglasses, cheap oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet online, polo outlet, nike air max, christian louboutin, longchamp outlet, longchamp outlet, burberry outlet, uggs outlet, tiffany jewelry, michael kors outlet online, prada handbags, louis vuitton, louis vuitton, tory burch outlet, christian louboutin shoes, michael kors outlet, ray ban sunglasses, ugg boots, nike air max, louis vuitton outlet, replica watches, kate spade outlet, louis vuitton outlet, burberry handbags, christian louboutin outlet, michael kors outlet, oakley sunglasses, christian louboutin uk, oakley sunglasses, michael kors outlet online, ugg boots, oakley sunglasses wholesale, uggs outlet, ray ban sunglasses, prada outlet, nike free, replica watches, michael kors outlet online, oakley sunglasses, jordan shoes, longchamp outlet, nike outlet, uggs on sale, tiffany and co

oakleyses said...

kate spade, nike free run, polo lacoste, guess pas cher, lululemon canada, coach purses, oakley pas cher, burberry pas cher, sac vanessa bruno, sac hermes, hollister pas cher, louboutin pas cher, vans pas cher, nike blazer pas cher, michael kors, sac longchamp pas cher, nike air max uk, polo ralph lauren, air max, abercrombie and fitch uk, nike tn, michael kors pas cher, nike air force, hogan outlet, coach outlet store online, ray ban pas cher, true religion outlet, nike free uk, michael kors outlet, nike air max uk, mulberry uk, true religion outlet, timberland pas cher, north face, nike roshe run uk, ray ban uk, replica handbags, new balance, longchamp pas cher, nike roshe, converse pas cher, ralph lauren uk, jordan pas cher, michael kors, true religion jeans, true religion outlet, hollister uk, nike air max, coach outlet, north face uk

oakleyses said...

giuseppe zanotti outlet, p90x workout, louboutin, bottega veneta, nike trainers uk, s6 case, hollister, ralph lauren, asics running shoes, nfl jerseys, babyliss, timberland boots, herve leger, mont blanc pens, iphone 6s cases, soccer shoes, celine handbags, north face outlet, beats by dre, ipad cases, longchamp uk, iphone 6 cases, jimmy choo outlet, lululemon, ghd hair, baseball bats, abercrombie and fitch, nike huaraches, instyler, iphone cases, nike roshe run, reebok outlet, oakley, new balance shoes, mac cosmetics, nike air max, hollister clothing, iphone 5s cases, soccer jerseys, vans outlet, valentino shoes, iphone 6 plus cases, ferragamo shoes, hermes belt, north face outlet, insanity workout, wedding dresses, chi flat iron, iphone 6s plus cases, mcm handbags

oakleyses said...

montre pas cher, pandora uk, converse outlet, louis vuitton, ugg pas cher, canada goose outlet, converse, swarovski, doudoune moncler, wedding dresses, pandora jewelry, toms shoes, canada goose outlet, supra shoes, canada goose, vans, canada goose uk, canada goose, marc jacobs, canada goose outlet, ugg,ugg australia,ugg italia, moncler, doke gabbana, pandora charms, canada goose jackets, moncler outlet, moncler, moncler, ugg uk, karen millen uk, hollister, canada goose, moncler, links of london, lancel, juicy couture outlet, gucci, louis vuitton, thomas sabo, swarovski crystal, moncler uk, ray ban, hollister, pandora jewelry, barbour uk, barbour, replica watches, moncler outlet, ugg, louis vuitton, nike air max, louis vuitton

Follow by Email

Search This Blog