Header Ad Banner

Thursday, January 21, 2016

Bio-data Paren Anak Nyawi (Potential Candidate N.62 Katibas) (Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 11)

Bio-data Paren Anak Nyawi (Potential Candidate N.62 Katibas) (Pilhan Raya Negeri Sarawak Ke 11)
Paren Anak Nyawi
-Pembantu Khas kepada YB Oscar Ling (Ahli Parlimen Sibu) & Pengerusi Protem DAP Katibas.
Sejarah Pendidikan dan Kerjaya:
a) Paren telah membesar di Nanga Sepadi Katibas Song dan menghabiskan zaman persekolahan di SK Cardinal Vaughan Song dan Sekolah Menengah Kebangsaan Song sekitar tahun (1988-1998)
b) Selepas tamat persekolahan beliau menyambungkan pelajaran di Kolei Matrikulasi Labuan (1999-2000) dan Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM) (2001-2004) dalam Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
c)Bekerja 10 tahun di Lembah Klang sebagai Juruadit Luaran dan Juruaudit Dalaman.
d) Merupakan seorang Akauntan Bertauliah yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (Malaysian Institute of Accountants-MIA)
  
Kegiatan & Pengalaman sekitar tahun 2008-2015 sebelum menyertai Dunia Politik:
a)   Ko-ordinator –Arrow Community ( Young Adult Borneo Group (KL) (2008-2013) dan Penganjur EXIST Youth (SIB Semenanjung) Conference 2012
b)  Timbalan Presiden Persatuan Warisan Sarawak KL & Selangor (2011-2015)
c)  Penganjur bersama Borneo Hornbill Festival(Kuala Lumpur) (2012-2014)
d)   Penganjur bersama Sarawak Hi Tea Fashion Show (Shah Alam)(2013)
e)  Penganjur bersama Borneo Cultural Tour (Tokyo ,Jepun 2012) ,Guangzhou ,China(2013), Seoul ,Korea(2013) dan London/Paris(2013)
f)  Pernah muncul di dalam rancangan bual bicara TV1 (Selamat Pagi Malaysia) (3 slot)(2011-2012),TV2( Hello on Two) (3 slot)  sekitar tahun 2012 , Interview dengan THE HEAT TV2 -Special TV Program untuk Pilihanraya Umum 2013, Sarawak Fashion Coverage ( Bernama TV 2013) dan Astro TV (Batik Fun Walk 2014)
g)     Penerima Special Honourable Award 2013 daripada Borneo Hornbill Festival 2013
h)   Juri Jemputan semasa Pesta Gawai dan Kaamatan anjuran ASIA University College (Masterskill Cheras) 2012
i)   Juri jemputan semasa Pesta Gawai dan Kaamatan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014
j)     Juri Jemputan semasa Pesta Gawai dan Kaamatan anjuran SIB KL Sentral(2014)
k)  Pemenang Kategori Individu Batik Fun Walk KL 2014 anjuran Yayasan Budi Penyayang (MATIC KL)
l)  Pernah bekerjasama bersama Persatuan Borneo di Semenanjung Malaysia seperti Persatuan Aspirasi Dayak (2014), Persatuan Orang Ulu (2013),Persatuan Borneo Johor (2012-2013)
m)   Terlibat dengan beberapa roadshow dengan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan(NGO) seperti Pameran Muzium Antarabangsa 2012 ,mewakili Jabatan Muzium Sarawak ,Bazaar JKKN Dataran Merdeka (2012) , Weekend Bazaar MATIC(Pusat Pelancongan Malaysia 2013), Malaysiaku Celebrating 50 Years of Malaysia-Bangkung Row Bangsar 2013,Matta Fair(PWTC) (2011-2013)
n)Pernah menjadi “Talent ”kepada Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO)

-Fashion Show Pengantin 1Malaysia di Concorde Hotel KL (Dec 2010)
-Pakaian Tradisional Sarawak di Rancangan TV1 (Selamat Pagi 1Malaysia) (Jun 2011)
-Press Conference Sarawak Tourism Board di PWTC (Matta Fair 2011)
- Perasmian "The Culture Industry Arts Bazaar"by JKKN (Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara di Dataran Merdeka (Mar 2012)
-Angkatan Seni Foto (ASFON) Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Perdana KL (Mar 2012)
-Travels of Young Sea Dayak to the Land of Opportunity :An Authoethnographic Study-Graduate Exhibition 2013 -Pen State University USA
- Malaysia Wedding Festival (MEFA)(Borneo Slot(Sabah & Sarawak)),Shah Alam Convention Centre (Shah Alam 2012)
-Tetamu undangan untuk Slot Hello on Two (TV2) semasa Perayaan Gawai Dayak (May 2012),
- Rakaman Suara TEGAS 2013 (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak)
- Talent untuk HRDF (Tabung Pembangunan Sumber Manusia)- Corporate Video (Nov 2014)

o)    Aktif  blogging sekitar tahun 2011-2015 dimana blognya dikunjungi lebih 4 juta pengunjung juga “Admin” kepada beberapa Facebook Page seperti I AM DAYAK ,Song,Sarawak , Borneo Heritage & WARISAN SARAWAK.

Semenjak melibatkan diri dalam bidang Politik(bermula Jun 2015) dan kembali ke Song,Sarawak (N.62 Katibas)
- 21hb Jun 2015, Membuat penampilan pertama politik bersama DAP ketika Mega Ceramah DAP Sibu sempena Perasmian Ibu Pejabat DAP Sibu yang telah di lancarkan oleh YB Lim Kit Siang.
-27hb Jun 2015, berucap sempena Majlis Ngiling Bidai (Penutupan Perayaan Hari Gawai),di Sibu bersama penduduk Iban Bawang Assan menyeru masyarakat Dayak untuk sedar dan berubah dengan membuat pilihan yang bijak secara politik kerana mereka telah diabaikan dari segi pembangunan selama 50 tahun ini dibawah  pentadbiran BN.
-2hb Julai 2015, mengeluarkan kenyataan media berkenaan keadaan Jalan Takan yang sangat teruk yang tidak dibaiki semenjak 10 tahun yang lalu dan masalah itu diselesaikan oleh pihak berwajib pada August 2015.
-11hb August 2015, mengadakan Sidang Media di Sibu bersama YB Oscar Ling (Ahli Parlimen Sibu) dengan pengumuman beliau sebagai Calon berpotensi di N.62 Katibas untuk Pilihanraya Negeri yang ke -11.
-11hb August 2015,semasa sidang media yang sama mengesa pihak berwajib menyelesaikan masalah Projek terbengkalai di Song iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Song ke 2 dan mengemukakan masalah kekurangan bank di Pekan Song iaitu hanya ada BSN untuk Daerah Song.
24hb August 2015, menjadi SUARA BERSIH 4.0 untuk Perarakan BERSIH 4.0 pada 31hb August 2015.
-25hb August 2015 –Menjemput YB Liew Chien Tong (Ahli Parlimen Kluang,Johor), YB Oscar Ling (Ahli Parlimen Sibu), YB Wong May Ing (ADUN Pantai Remis Perak) melawat Pekan Song dan mendekati penduduk secara lebih dekat.
-1hb September 2015, memulakan operasi Pusat Khidmat DAP Katibas.
-15hb September 2015, sempena Hari Malaysia 2015, beliau mengeluarkan kenyataan di The Borneo Post SEEDS berkenaan topik “Kuasa perubahan di tangan anak muda di mana beliau ingin melihat kerajaan yang telus ,bersih dan pilihan raya yang bersih.
-3hb Oktober 2015, melawat fakir miskin dan golongan kurang upaya yang menetap di Kampung Mission yang mengalami masalah pengurangan jumlah bantuan dan meminta penjelasan pihak kebajikan masyarakat penjelesan yang sewajarnya.
-13hb Oktober 2015,mengeluarkan kenyataan media mengesa pihak berwajib menyelesaikan masalah bekalan air di Pekan Song yang selalu terputus dan kotor dan meminta pihak kerajaan menaiktaraf loji air sedia ada.
-31hb Oktober 2015, menjemput Pengerusi DAP Sarawak iaitu YB Chong Chien Jien melawat Pekan Song semasa Perasmian Pusat Khidmat DAP Katibas dan mendekati penduduk Pekan Song .
-28hb November 2015, merasmikan Projek Impian Sarawak Paip Graviti pertama di Katibas bersama YB David Wong (DUN Pelawan,Sibu) di Rh Timban Sungai Iran,Song Sarawak dimana projek ini dijalankan secara gotong royong bersama penduduk kampung dari 23-27hb November 2015.
-4hb December 2015, mengeluarkan kenyataan media di Utusan Borneo berkenaan isu “Peranak menua pesisir suah dichiping” ( Penduduk Pedalaman selalu dianak tirikan ) dimana beliau mengutuk pentadbiran BN Sarawak yang telah menghukum  rakyat yang menyokong parti Pembangkang melalui memotong  peruntukan MRP(Minor Rural Project) yang selayaknya mereka terima dan menyekat elaun Ketua Kampung (Tuai rumah) yang didapati memberi kerjasama kepada Parti Pembangkang.
-Semenjak kembali ke Song ,Sarawak pada Jun 2015 yang lepas ,Paren banyak menghabiskan masa di Song untuk mengenali penduduk Song secara lebih dekat dan melawat rumah panjang  di dalam kawasan DUN Katibas supaya dapat mendengar dan melihat masalah rakyat Katibas secara akar umbi.
UBAH SARAWAK ,Anang Takut Anang Surut ,Ubah Katibas.

No comments:

Follow by Email

Search This Blog