Header Ad Banner

Monday, March 14, 2016

Kumpulan pertama serahkan borang keahlian DAP di Katibas


SONG:12hb Mac 2016(Sabtu), seramai 14 orang telah menghadirkan diri ke Pusat Khidmat DAP Katibas yang terletak di Pekan Song Sarawak dimana mereka telah  menyerahkan Borang Keahlian kepada Pengerusi Protem DAP Katibas Saudara Paren Anak Nyawi.Ini merupakan kumpulan pertama Dayak di Katibas yang menyertai DAP selepas Ceramah Berani Ubah Katibas di Pekan Song pada 8hb Mac yang lalu.

Antara yang menyertai DAP Katibas iaitu Tuai Rumah Inggong Anak Garai yang berasal dari Nanga Nyimoh Katibas Song dan Senin Anak Ijau yang  juga merupakan penduduk Nanga Chemanong Ulu Katibas, manakala lima orang yang lain telah turun dari Sungai Tekalit untuk penyerahan boring itu , dua orang  pemohon berasal dari Nanga Engkuah Ulu Katibas , dua orang dari Nanga Takan dan  bakinya berasal dari Nanga Sepadi Katibas di mana Paren Anak Nyawi sendiri berasal yang juga merupakan Calon berpotensi N.62 DAP Katibas untuk PRN 11 yang akan datang.
Kebanyakan kesemua mereka menyertai DAP kerana bersetuju dengan ideologi Parti DAP dan Impian Malaysia .Ini adalah kerana Impian Maaysia tidak akan tercapai jika ada mana-mana etnik termasuk masyarakat Dayak tercicir dari arus perdana pembangunan nasional.

Selain daripada itu ,Tuai Rumah Inggong Anak Garai menyatakan tak puas hati dengan layanan Barisan Nasional Sarawak yang sentiasa pilih kasih dalam urusan pengagihan dana MRP.

Akhir sekali, Paren Anak Nyawi berkata  selari dengan Deklarasi “DAP Dayak Blueprint” berkenaan reformasi tanah adat mengesa supaya lebih banyak tanah milik orang Dayak di kawasan Katibas disukat dibawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak Bab 81. Justeru itu, membolehkan pemilik tanah NCR (Native Customary Right) memiliki surat milik tanah. Ini adalah kerana, setakat ini di sebahagian tanah di Katibas hanya di sukat  dibawah  Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak 81 Inisiatif Baru NCR iaitu Tanah Rizab Gunasama Bumiputera( Bumiputera Communal Reserve).Tambahan lagi banyak tanah NCR yang tak bergeran ((Untitled Native Customary Right  Land) .Contohnya seperti di kawasan Takan /Musah (3,010 ekar) dan Nanga Katibas, Sungai Tekalit       (9,844 ekar) & Sungai Sipan/Sesawa/Temalat yang digazette sebagai Tanah Rizab Gunasama Bumiputera( Bumiputera Communal Reserve)  dibawah  Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak 81



No comments:

Follow by Email

Search This Blog