Header Ad Banner

Friday, March 11, 2016

Pelancaran Jentera Pilihan Raya DAP N.62 Katibas untuk PRN 11


Jentera PRN 11 DAP Katibas di hadapan PUSAT KHIDMAT DAP KATIBAS selepas CERAMAH BERANI UBAJHKATIBAS

SONG:Pada 08hb Mac 2016 (Selasa), DAP Katibas telah melancarkan Jentera Pilihanraya untuk Pilihan Raya(PRN 11) Negeri Sarawak yang dijangkakan diadakan tidak lama lagi. Oleh itu ,pada sebelah pagi DAP Katibas telah mengadakan “Walkabout” sekitar Pekan Song sebelum Pelancaran Jentera Pilihan Raya DAP Katibas pada sebelah petang .Manakala ,Ceramah BERANI UBAH Katibas diadakan di bawah Pusat Khidmat DAP Katibas ,Pekan Song yang berlangsung dari 7:30 malam hingga 10:00 malam.

Ceramah ini merupakan julung kalinya bagi Parti Tindakan Demokratik di Pekan Song bila menyaksikan 7 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) menyampaikan mesej UBAH 2.0 mereka untuk penduduk di Pekan Song.

Walkabout” sekitar Pekan Song sebelum Pelancaran Jentera Pilihan Raya DAP Katibas
Antara penceramah yang hadir iaitu YB David Wong Kee Woan(Naib Pengerusi DAP Sarawak & ADUN Pelawan Sibu ) ,YB Wong Kah Woh (ADUN Canning,Perak) ,YB Tan Kok Yew (ADUN Derga ,Kedah) ,YB Teh Kok Lim (ADUN Pokok Assam,Perak) ,YB Liow Cai Tung (ADUN Johor Jaya ,Johor),YB Ee Chin Li (ADUN Tangkak,Johor)YB Cheo Yee How (ADUN Pengkalan Rinting,Johor) ,Saudara Paren Nyawii (DAP Katibas) ,Saudara Toh Heng San (Bekas YB Parti SUPP ) dan Saudara Larry Asap (DAP Kapit).
Group Photo Penceramah yang hadir semasa CERAMAH BERANI UBAH KATIBAS

Pada 31hb Oktober 2015, DAP Katibas pernah merasmikan Pusat Khidmat DAP Katibas yang telah dirasmikan oleh Pengerusi DAP Sarawak iaitu YB Chong Chien Jen .

Menurut , Paren Anak Nyawi selaku Pengerusi Protem DAP Katibas dan Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sibu YB Oscar Ling. Beliau  menekan  isu berkaitan dengan kemudahan asas  di  N.62 Katibas

Menurut Paren,ramai penduduk di sesetengah rumah panjang mengadu yang mereka tidak menerima bantuan MRP yang sepatutnya mereka terima, ini adalah kerana permintaan mereka untuk membina akses Jalan balak tidak ditunaikan iaitu melibatkan 3 buah rumah panjang.Layanan yang diberikan oleh ADUN N.62 yang sentiasa pilih kasih sedikit penyumbang kenapa sesetengah rumah panjang diabaikan. Ini sudah jelas terbukti bila melibatkan kes Projek Air Gravity Rh Timban ,Emperan Munti Sungai Iran yang telah siap sepenuhnya bila dikendalikan oleh Impian Sarawak pada November 2015.


Dengan ini kita berharap,amalan pilih kasih(Bias allocation ) harus dihentikan di N.62 Katibas.

Beliau juga menyoal,kemanakah perginya Dana MRP (Projek Kecil Luar Bandar) yang selayaknya setiap Konstituensi terima contohnya Katibas seharusnya menerima lebih kurang 15 juta?

Secara fakta,pada tahun 2015 ,kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 905 Juta untuk Dana MRP ,selain itu juga ada tambahan RM 205 Juta untuk “Special Rural Assistant Fund” untuk membantu penduduk luar bandar seperti di Katibas.


Dengan in kita mengesa supaya , Pejabat Daerah Song ataupun Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Katibas menjelaskan laporan terperinci Dana MRP untuk penduduk Katibas .


Selain itu juga,kekurangan Jalan Raya bertar dan hanya 22 buah rumah panjang dan 2 buah kampung yang memiliki jalan bertar daripada 150 lebih rumah panjang /kampung iaitu 15 % .Manakala 23 buah rumah panjang memiliki Jalan Tanah (Earth)/Jalan Batu Kelikir (Gravel).Ini menjadikan 70 % pengangkutan utama di sini adalah Jalan Sungai Demikian juga hanya, 20 % kampung atau rumah panjang yang menerima kemudahan elektrik 24 jam namun sesetengah daripadanya dalam proses penyambungan seperti di kawasan Temalat dan Sungai Song.

N.62 Katibas merupakan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP pada PRN 11 yang akan datang di mana Paren Anak Nyawi yang berusia 35 tahun merupakan Calon berpotensi untuk kerusi itu,


Pada PRN 10 yang menyaksikan BN telah menang dengan Majority 2,256 undi iaitu undi keseluruhan BN (3,326),PKR (1,070) & SNAP (897).

SONG :Pada 08hb Mac 2016 (Selasa), DAP Katibas telah melancarkan Jentera Pilihanraya untuk Pilihan Raya(PRN 11) Negeri...

Posted by Paren Nyawi on Sunday, March 13, 2016

No comments:

Follow by Email

Search This Blog