Header Ad Banner

Wednesday, October 12, 2016

UTUSAN BORNEO(11/10/2016):DAP sangkal dakwaan ia antipembangunan luar bandar Sarawak

Utusan Borneo(11hb Oktober 2016)
DAP sangkal dakwaan ia anti-pembangunan Luar Bandar
Paren Nyawi Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sibu menyatakan bahawa Kerajaan BN kurang keazaman membawa pembangunan sebenar di Kawasan Luar Bandar Sarawak.
Tuduhan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Nancy Syukri pada kenyataan di Utusan Borneo pada 24hb Sept 2016 yang lepas terhadap DAP Sarawak yang dikatakan memiliki agenda anti-pembangunan luar bandar amatlah tidak berasas.Tuduhan ini sebenarnya terpalit sendiri kepada BN yang sebenarnya hanya acuh tak acuh membawa pembangunan sosioekonomi di kawasan DUN Katibas khusus dan Parlimen Kapit amnya.
Walaupun DUN Katibas yang sudah di bawah wakil rakyat BN selama 6 penggal tetapi banyak pembangunan tidak sampai ke kawasan pedalaman ini.Selain daripada itu, banyak projek yang dilaksanakan sebelum ini terbengkalai seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Song 2 , Stesen Pertanian Nanga Engkuah , Masalah Bekalan Air Terawat di Pekan Song yang tak berkesudahan ,Jalan Temalat (Song) ke Nanga Ngemah(Kanowit) yang masih terputus sehingga kini , Kekurangan Kemudahan Kesihatan sehingga beberapa kes Kecemasan terpaksa di rujuk di Hospital Kapit ataupun Hospital Sibu.
Walaupun sebelum Pilihanraya Negeri yang lalu Kerajaan BN Sarawak telah memperuntukkan Projek Kecil Luar Bandar yang merupakan “ sogokan “ untuk pengundi di rumah panjang dan kini wakil rakyat BN terutamanya Ahli Parlimen Kapit bergerak aktif menyerahkan grant kerajaan kepada beberapa pertubuhan di Kawasan Parlimen Kapit tetapi ini hanya merupakan “ saguhati untuk pengundi” sebelum Pilihan Raya yang bertujuan untuk memancing pengundi pada Pilih Raya Umum yang akan datang.Tetapi realitinya Kapit masih lagi kawasan luar bandar yang diabaikan BN selama berdekad-dekad walaupun banyak sumber balak diangkut dari Kapit suatu ketika dahulu.Tetapi kini Kapit masih mudur dari sudut Pembangunan Sosioekonomi .
Paren Anak Nyawi
Ketua DAP Katibas dan Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sibu.






No comments:

Follow by Email

Search This Blog