Header Ad Banner

Wednesday, October 12, 2016

LOCAL NEWSPAPER:Masalah di Jalan Tong San yang berdebu dan longkang tersumbat di Lorong Bukit Assek 2.

PAREN NYAWI :Call on SMC to Tar-Seal gravel section of Tong San Road Immediately -THE BORNEO POST(12th Oct 2016)

Masalah di Jalan Tong San yang berdebu dan longkang tersumbat di Lorong Bukit Assek 2.
Pada 6hb Oktober ,Paren Anak Nyawi ,Pembantu Khas kepada YB Oscar Ling (Ahli Parlimen Sibu) telah bergegas ke Jalan Tong San , Sibu .Setelah menerima aduan penduduk berkenaan kerja membaiki Jalan di kawasan itu yang mengambil masa berbulan-bulan dan belum siap diturap sehingga kini. Batu kelikir ditabur dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diturap telah mencemarkan udara disekitar bila debu berterbangan pada waktu panas terik dan jalan ini dilalui oleh banyak kenderaan setiap hari.Keadaan ini telah menjejaskan pejalan kaki dan penduduk yang menetap di sekitar kawasan itu.
Selain daripada itu, di kawasan yang sama kami mendapati Longkang di Lorong Bukit Assek 2 di dalam keadaan tersumbat kerana kerja perparitan yang belum disempurnakan sepenuhnya.
Dengan ini,kami mengesa pihak Majlis Perbandaran Sibu(MPS) menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan kami mahu kerja menurap akan disiapkan dengan kadar segera dan juga masalah Longkang di Lorong Bukit Assek 2 dapat diselesaikan.
6hb Oktober 2016
Paren Anak Nyawi
Pembantu Khas kepada YB Oscar Ling (Ahli Parlimen Sibu)



No comments:

Follow by Email

Search This Blog