Header Ad Banner

Monday, May 22, 2017

BILA GAWAI 2017 NGANSAK SESEMAK .

Jambatan Katibas (May 2017)

Bila Gawai "ngansak sesemak" lagi , hari istimewa yang ditunggu oleh anak Dayak untuk berkumpul bersama keluarga setelah setahun tidak berjumpa.Perayaan Gawai pada zaman ini telah bertukar objektifnya daripada perayaan meraikan pesta menuai yang sudah berakhir sebagai tanda kesyukuran diatas berkat dan rezeki yang telah diberikan oleh "Petara" dan juga upacara keagamaan melalui kepercayaan kinohoringan.
Kini, tujuan diraikan lebih kepada "Pertemuan Keluarga & Perjumpaan Semula Sanak Saudara & teman lama" .Perubahan ini selari dengan peredaran masa , kepercayaan agama orang Dayak seperti Kristian ,Islam ataupun Buddha yang dipeluk generasi sekarang dan perubahan sosio-ekonomi masyarakat Dayak itu sendiri.Jika zaman dahulu masyarakat dayak yang sememangnya bergantung dengan pertanian tradisi dan hasil hutan Borneo.
Kini, generasi baru sudah "Berjalai" keseluruh dunia dan menceburi pelbagai bidang sesuai dengan kemahiran dan peluang masing-masing.
Urbanisasi merupakan banyak faktor anak dayak terpaksa meninggalkan kampung halaman selepas tamat persekolahan.Tidak ketinggalan dengan anak pedalaman Daerah Kapit yang kebanyakannya terdiri daripada anak Dayak.Setelah pembentukan Malaysia 1963,industri Pembalakan di Sarawak merupakan Industri Utama di Wilayah Tengah Sarawak selain daripada Sektor Petroleum(Utara Sarawak) ,Pertanian Getah ,Lada Hitam & Gambir yang telah diperkenalkan oleh British.Generasi anak muda 60an -80an ramai menetap berdekatan dengan kampung halaman kerana bekerja di Kem-Kem Pembalakan berdekatan .
Namun,bermula dari era 90an dan alaf baharu dimana ramai anak muda kebanyakan lepasan sekolah mula menceburi bidang perindustrian & bidang yang lain dan berhijrah(berjalai) ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja dan terus menetap disana.Industri Pembalakan semakin berkurang dan pelabur melabur di negara luar seperti di Brazil ,Afrika ,Kepulauan Solomon & Papua yang menyebabkan ramai pekerja terutama orang Dayak terpaksa dipindahkan ke operasi di luar Negara.
Tahun kebelakangan ini , pra -Gawai telah disambut dengan meriah sepanjang bulan Mei di bandar utama seluruh Malaysia seperti Pesta Gawai Kaamatan Pulau Pinang,Johor ,Kuala Lumpur ,Petaling Jaya , Kuching,Sibu,Bintulu & Miri. Kebanyakkannya dianjurkan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan dengan objektif masing-masing.Pra-Gawai sangat penting kerana ia dirai ditempat anak dayak mencari rezeki & peluang meraikan bersama kenalan dibandar sebelum balik kampung berjumpa keluarga.
Cabaran "Balik Kampung" ke Daerah Kapit setiap kali "Pulai Gawai" adalah pengangkutan sungai yang masih lagi diguna pakai walaupun lebih 50 tahun menyertai Malaysia.Setiap kali Gawai Terminal Boat Kapit di Sibu akan sesak & penumpang terpaksa duduk diatas bumbung boat yang sarat supaya sampai ke destinasi seperti Song & Kapit pada waktu yang sepatutnya dan sempat berkumpul bersama pada malam 31/5.
Justeru,gawai tahun ini sedikit berita baik kepada penduduk Daerah Kapit setelah sekian lama,bila Jambatan Kanowit telah dilancarkan pada 21/5/17 dan Off-Road sudah dibuka dari Kanowit -Song dan manakala Jambatan Katibas dijangka dibuka kepada umum pada hujung bulan May 2017 ini yang menghubungkan Pekan Song -Pekan Kapit .Setelah sekian lama menunggu & mengundi Barisan Nasional , kini sedikit sinar pembaharuan dapat dinikmati generasi muda yang dah lama "berjalai" setiap kali balik Gawai .Sekurang-kurangnya Kembara "Pulai Gawai" tahun 2017 ini ,mereka punya alternatif sekiranya Boat Penumpang sesak lagi .Off-Road kan ada,walaupun "Missing Links" (Ngemah(Kanowit) --Temalat(Song) belum lagi siap .Seperti Janji Pak Menteri, empat(4)tahun lagi ,walaupun sudah terlewat dari jadual asal.
Alkisahnya,semalam semasa perjalanan pulang (Sibu-Song) sempat berbual dengan penumpang yang balik Gawai yang menetap di Semenanjung , katanya ; setiap kali balik sangat lambat perubahan walaupun belasan tahun meninggalkan daerah terpencil ini.
Biasalah ,itulah harga yang harus dibayar bila tidak mendaftar dan balik mengundi sebab orang yang tinggal(menetap) di "menua" yang membuat keputusan bukan orang yang "berjalai" .Lain kali ,jika mahukan perubahan sila lakukan peranan anda sebagai rakyat Malaysia dan baliklah mengundi bukan hanya "Pulai Gawai" sahaja.Kerana, perubahan bukanlah perubahan sehingga terjadi suatu perubahan.
SELAMAT HARI GAWAI DAYAK,GAYU GURU GERAI NYAMAI ,LANTANG SENANG NGETAN KE MENUA

1 comment:

Nerd Boy said...

Perubahan bukanlah perubahan sehingga terjadi suatu perubahan.

Follow by Email

Search This Blog